Monday 11 January 2016

HOMEMADE SOAP YAMNAbeauty TERBAIK!

Assalamualaikum wbt, teman sekalian. Selawat dan salam buat Rasul junjungan, nabi Muhammad SAW..😊

Ada yang ternanti-nanti post NR ni?
Hehe. Hari ini NR nak cerita dan perkenalkan 2 rangkaian produk utama keluaran YAMNAbeauty iaitu:

-1. YAMNA facial beauty soap
-2. YAMNA body/feminine soap

Tahukah anda, sabun keluaran brand YAMNAbeauty ini 100% dihasilkan secara homemade melalui kaedah manual iaitu kaedah pembuatan tangan sepenuhnya serta dihasilkan 100% menggunakan bahan semulajadi terpilih daripada gabungan bahan sunnah serta bahan teraktif untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Sangat istimewa kan. Homemade soap by YAMNAbeauty adalah yang TERBAIK!

NR sangat gembira sebenarnya sebab sabun homemade YAMNA ini telah bantu mengurangkan masalah kulit, ramai pengguna di luar sana.

Mengapa ramai yang suka, yakin dan percaya dengan YAMNA homemade soap ini? Anda pasti tertanya-tanya, bukan. 😊😊😊.
Haaa, NR nak bagitahu satu rahsia yang telah menambat hati para pengguna YAMNA iaitu sabun homemade keluaran YAMNAbeauty ini selamat digunakan tanpa perlu rasa was-was dan tiada kesan sampingan jangka panjang. Sabun YAMNA dihasilkan tanpa sebarang penggunaan bahan pengawet, bahan kimia berbahaya dan bahan terlarang. Haaa, inilah keistimewaan sabun YAMNA. Sabun YAMNA sangat disyorkan dan selamat digunakan oleh semua golongan termasuk:
 -perempuan
 -lelaki
 -ibu mengandung/hamil
 -bayi seawal usia 6 bulan sehingga usia warga emas

Sekarang, NR nak perkenalkan kepada teman-teman semua tentang dua jenis YAMNA homemade soap ini dengan lebih dekat lagi. NR percaya, anda pasti akan TERTARIK dengan produk sabun homemade YAMNA selepas ini. Hehehe. NR memang dah jatuh cinta dengan dua sabun ni tau... syok sangat guna dan alhamdulillah memang sangat serasi digunakan untuk kulit NR sekeluarga. Inilah sabun yang NR, suami dan anak-anak gunakan sekarang untuk penjagaan kulit badan, from head to toe. Hehehe..😊😊😊

APA KHASIAT 5 FORMULASI SEMULAJADI YAMNA FACIAL BEAUTY SOAP DALAM MERAWAT DAN MENCANTIKKAN KULIT WAJAH???

Jom kita sama-sama baca fungsi kelima-lima bahan terbaik ini..

MADU KELULUT

• Menganjalkan kulit wajah, membantu mengurangkan kedut serta garis-garis halus, menghaluskan kulit, menaikkan seri wajah, sebagai agen anti penuaan, membantu mengurangkan masalah jerawat dan membantu mengatasi masalah kulit kering.

EKSTRAK SUSU KAMBING

• Mengurangi kemerahan jerawat, memberbaiki kondisi kesan daripada jerawat, mampu mengatasi gejala-gejala jerawat kemudian menghilangkan secara alami flek-flek bekas jerawat, menghilangkan sel-sel kulit mati, melembut dan mencerahkan kulit, mencegah kulit dari kekeringan, menormalkan kulit yang cenderung berminyak, mengatasi masalah kulit akibat terdedah sinaran matahari serta sesuai untuk orang yang mempunyai masalah kulit kering, sensitif, enzecma dan psoriasis. Penggunaan sabun susu kambing secara rutin mampu mencegah kulit kasar, kering dan kusam.

MARINE COLLAGEN (KOLAGEN IKAN)

• Mengekalkan kelembapan dan mencegah kedutan, membantu mempertingkatkan penghasilan sel-sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembutkan serta melembapkan kulit, memulihkan masalah kulit (parut, mengecilkan pori-pori kulit, jerawat, jeragat, kedutan, selulit dan garis-garis halus), mencerahkan kulit, mengurangkan pigmentasi dan melambatkan proses penuaan kulit.

MINYAK ZAITUN EXTRA VIRGIN

• Membantu memberi kesuburan pada kulit wajah, membantu mengatasi kesan melecur dan parut, sebagai pelembut dan pelicin kepada kulit yang mengalami masalah enzecma psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit, kulit menjadi lebih anjal, menambah kelembapan kulit, mengandungi agen antioksidan yang mampu melawan radikal bebas, mengandungi bahan anti kedutan, sebagai anti penuaan semulajadi dan berfungsi sebagai antiseptic terutamanya untuk mencegah jerawat.

EKSTRAK LIQOURICE (AKAR MANIS)

• Terkenal sebagai bahan pencerah kulit yang selamat dan mempunyai kesan anti radang yang baik, bertindak mengurangkan penghasilan melanin pada kulit bagi memastikan kulit menjadi lebih cerah dengan selamat tanpa pengelupasan, berfungsi dalam memperbaiki warna kulit tidak sekata, mengurangkan masalah pigmentasi, jeragat serta bintik hitam dan membantu menyembuhkan luka jika digunakan secara berterusan.


Inilah rupa sabun YAMNA facial beauty soap. Warna kuning keorenan gitu macam warna madu kelulut.



KEISTIMEWAAN YAMNA BODY/FEMININE SOAP

Fungsi:
-Membantu untuk merawat gatal-gatal, mencerahkan kulit badan dan di celah-celah bahagian lipatan badan, membuang daki-daki, mengurangkan bau badan, mengurangkan masalah di bahagian intim wanita (miss-v) seperti keputihan, masalah miss-v berbau, menyegarkan kulit badan dan menganjalkan kulit.

EKSTRAK SIRIH

• Dapat menghaluskan kulit yang kasar, mencerahkan kulit yang kusam, dapat membersihkan vagina, dapat menghilangkan gatal-gatal di kawasan kewanitaan (miss-v) dan badan, dapat mengurangkan masalah keputihan wanita, bermanfaat untuk merapatkan vagina, membantu mengurangi cairan alami (lendir berlebihan) yang keluar dari vagina wanita, dapat mengurangkan rasa tidak selesa semasa datang haid, membantu mengatasi masalah badan berbau serta bau yang kurang menyenangkan pada bahagian intim wanita dan menentang sebarang jangkitan mikroorganisme (kuman) dan bakteria.

EKSTRAK PAPAYA

• Mencerahkan kulit, menstabilkan keadaan ph kulit (yang berminyak jadi normal, yang kering jadi normal), memudarkan bekas jerawat dan jeragat pada kulit, mengecilkan pori-pori kulit, membantu mengurangi kulit kusam, menjadikan kulit lebih halus, membuat kulit terasa segar, menegangkan kulit (anti penuaan), melembapkan kulit dan membuang sel kulit mati serta menggantikan kulit yang baru.

MENTHOL CRYSTAL

• Kristal menthol yang diekstrak dari peppermint atau daun pudina jenis cornmint ini merupakan antara ramuan semulajadi yang berupaya untuk memelihara kelembapan kulit serta menyejuk dan mnyegarkan kulit.
Cara guna : Buihkan sabun, dan gosok secara lembut ke bahagian bermasalah. Guna secara konsisten untuk hasil yang baik. Insyaallah sesuai dengan semua jenis kulit termasuk kulit sensitif dan gatal.

      
  Ini pula rupa sabun YAMNA body/feminine soap. Warna hijau menyerlah bak warna asli daun sireh. Sangat wangi dan segar kulit selepas menggunakan sabun ini.😊

Selesai sudah tugas NR hari ini untuk berkongsi cerita dengan teman semua mengenai YAMNA homemade soap ini. Panjang entry NR hari ini tapi insyaallah, panjang-panjang berisi. He he..

Dah kenal bentuk dan fungsinya, mesti korang nak tahu tentang harganya kan. NR tahu sangat isi hati korang ni. Ok, untuk harga sabun YAMNA ni,
👉 Yamna facial beauty soap : RM36/per pcs (35g)
👉 Yamna body/feminine soap : RM36/per pcs (40g)

Sekotak sabun, mampu tahan 1-2 bulan penggunaan tapi bergantung juga cara guna dan kekerapan kita guna sabun ni
Sangat berbaloi dengan harga dan sangat JIMAT!
INGAT YE, YAMNA SOAP PRODUK KELUARAN MUSLIM MALAYSIA. BUKAN PRODUK REPACK DARIPADA CHINA ATAU SIAM.😊😊😊. Jadi kita kena yakin dengan produk keluaran bumiputera Malaysia ini.

Satu lagi NR nak war-warkan, sebenarnya HQYAMNA sekarang buat promosi tau. Harga kedua-dua jenis sabun ini sekarang HANYA RM27/per pcs sahaja tidak termasuk postage.

SANGAT JIMAT, SANGAT BERBALOI!!!

Jadi, apa lagi.. JOM GRAB SABUN YAMNA INI SECEPATNYA!!! HARUS BERTINDAK SEGERA SEMENTARA HARGA MASIH PROMOSI!!!

“Love your skin”
-100% BEBAS KIMIA
-100% HANDMADE
-100% PRODUK MUSLIM
-100% SEMULAJADI

Macam mana nak dapatkan produk sabun YAMNA ni??
Ikut langkah di bawah,

Untuk tempahan, whatsapp 014 809 5623.. (^_^).

atau

Pergi ke link ini,

https://m.facebook.com/Yamna-Beauty-Handmade-Product-335845786617300/

Selamat menempah dan mencuba sabun homemade YAMNAbeauty ye. Mesti cepat-cepat dapatkannya segera!

NR nak undur diri dulu. Nanti NR akan sambung lagi coretan dan perkongsian NR dengan anda semua di entry yang seterusnya.

Pesan terakhir ikhlas dari NR sebelum mengundurkan diri, jaga dan sayangilah kulit kita. He he he.😊😊😊

Wassalam....

No comments:

Post a Comment